'' Jangan gadaikan ketuanan kita. Bangunlah anak bangsa !! Hidup hanya sementara, tentukanlah yang terbaik untuk kita dan darah daging kita. Sudah cukup kita ditindas dulu, sekarang ialah masa untuk kita menindas. Bersatulah demi agama, bangsa, dan negara. ''

Kami Bantah Bersih 3.0 Fanpage

15 Jul 2011

PAS Akan Guna Bible. Benarkah?

Pluralisme dan liberalisme yang begitu kuat diperjuangkan oleh pakatan terutamanya Anwar dan pengikutnya didalam PAS haruslah dipraktikan secara meluas.Pisau melihat kesungguhan dan prestasi mereka setakat ini makin meningkat dan memberangsangkan .



Walaupun begitu,sejak PRU12 tanda tanda kearah itu sudah kelihatan bertambah kuat.Kita semua tahu apabila Anwarinas didalam PAS begitu kuat memperjuangkan liberalisme dan dalam masa yang sama telah berjaya mengekang Ulama yang dilabelkan sebagai Islam konservatif menjadikan golongan profesional didalam PAS naik menjadi pemimpin utama peringkat tertinggi parti.


Bantuan dan peranan PAS amat penting,cuba membuktikan keterbukaan tanpa sempadan seperti mana yang dilakukan oleh PAS banyak membantu asimilisasi penerapan budaya liberal dan plural antara agama.Keterbukaan ini sebenarnya berat sebelah.Mengapa begitu?Tidak timbul mengenai PAS berdakwah kepada sesiapa ini kerana kita tahu tidak seorang pun pemimpin DAP memeluk Islam hasil dakwah daripada PAS.Malah PAS sendiri telah meninggalkan perjuangan Islam , kerana sebelum ini mereka berjuang dan berpolitik untuk kepentingan agama tetapi sekarang  politik  sudah menjadi agama mereka.Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara , tetapi PAS menjadikan agama Islam  untuk politik menghalalkan apa saja.


Kita melihat cara dan praktik DAP berdakwah dan berkempen mengunakan ayat Al-Quran,Hadis hingga masuk ke dalam surau dan masjid,walau pun pemimpin PAS masuk ke dalam gereja berkempen tetapi kita masih belum melihat para pemimpin PAS menggunakan mana mana kitab suci agama  contohnya petikan daripada Al-Kitab atau pun daripada kitab suci Buddha,Hindu didalam ceramah atau pun kempen mereka.


Adakah PAS cuba membuktikan mereka lebih dominan daripada DAP? Atau pun memandang rendah terhadap agama lain? Sedangkan PAS sendiri adalah untuk semua(Pas For All),mengapa harus  disempitkan perjuangan mereka dengan hanya mengunakan Al-Quran  kenapa tidak Bible atau pun fahaman Buddha da Hindu.Adakah PAS tidak percaya kepada perjuangan liberalisme mahu pun pluralisme yang mereka sendiri perjuangkan bersama Anwar dan Ambiga?

Adakah PAS cuba bersifat talam dua muka? Bukankah mereka sendiri menyokong IFC?


Tuan Ibrahim Tuan Man didalam Harakah mempertahankan YB Ng Suee Lim menggunakan Hadis sebaliknya menghentam Datuk Mohamad Satim Diman kerana membantah bukan Islam mengunakan Hadis sebagai hujah mereka. Kita semua tahu Nik Aziz dan ramai lagi pemimpin PAS turut sama akan menyokong mana mana pemimpin DAP mengunakan ayat Quran dan Hadis didalam ceramah kempen mereka.


Rakyat melihat PAS sebagai tunggangan DAP kerana mereka saja yang membiarkan dan pertahankan penggunaan ayat Quran dan hadis diguna pakai oleh bukan Islam DAP. Untuk membuktikan PAS tidak ditunggang  dan setaraf dengan parti lain didalam pakatan,maka PAS harus berani menggunakan petikan didalam kitab agama kristian atau agama bukan Islam lain.
Usaha ini sudah pasti akan mendapat sokongan penuh oleh ekstremis kristian DAP terutamanya kekasih hati Nik Aziz iaitu Lim Guan Eng yang dikenali sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.Masakan tidak,sedangkan Guan Eng sanggup mengunakan gelaran Islam terhadap dirinya apa salahnya mana mana pemimpin PAS contohnya Nik Aziz mengunakan gelaran Pope of Kelantan City , Dr Mariah mengunakan gelaran Joan of Arc.


Percayalah,jika pemimpin DAP dipertahankan bermati matian oleh pemimpin PAS kerana mengguna pakai Islam sebagai alat kempen,sudah pasti PAS akan dipertahankan oleh DAP jika mana mana pihak pro kristian menghentam PAS selepas ini.

Anda pasti tidak  ada seorang pun kalangan penganut bukan Islam akan membantah jika PAS menggunakan Bible atau pun kitab suci bukan Islam? 


Alang alang mahukan kesaksamaan,sama rata sama rasa, yang diperjuangkan haruslah cakap serupa bikin.Jangan sekerat sekerat tak gitu.. ?

No comments:

Post a Comment