'' Jangan gadaikan ketuanan kita. Bangunlah anak bangsa !! Hidup hanya sementara, tentukanlah yang terbaik untuk kita dan darah daging kita. Sudah cukup kita ditindas dulu, sekarang ialah masa untuk kita menindas. Bersatulah demi agama, bangsa, dan negara. ''

Kami Bantah Bersih 3.0 Fanpage

15 Jul 2011

Karnival Kerjaya Sasar 30,000 Pengunjung Di Pahang.

KUANTAN, 15 Julai – Pemuda Barisan Nasional (BN) menyasarkan seramai 30,000 orang akan mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN yang diadakan di sini yang menawarkan lebih 6,000 jawatan kosong dalam pelbagai bidang.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata jumlah itu boleh dicapai kerana karnival yang bermula Jumaat sehingga Ahad ini bukan sahaja dihadiri oleh penduduk di Pahang, tetapi juga dari Kelantan dan Terengganu.
Katanya orang ramai khususnya penganggur dan lepasan universiti berpeluang mencari pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan tawaran gaji antara RM800 hingga RM8,000 sebulan.
“Berdasarkan sambutan yang diterima daripada dua penganjuran sebelum ini di Kuala Lumpur dan Kedah, kita yakin karnival itu akan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat gerai pameran karnival itu di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Khairy berkata mereka yang memiliki ijazah atau diploma dan tidak mempunyai pengalaman bekerja turut digalakkan menghadiri karnival itu kerana sesi temuduga turut diadakan oleh syarikat yang menyertainya.
Menurutnya, pihaknya akan menjadikan program itu sebagai acara tahunan kerana ia adalah salah satu usaha Pemuda BN menyumbang bakti kepada masyarakat.
Dalam pada itu beliau berkata pihaknya akan menganjurkan Karnival Hartanah selama tiga hari bermula 29 Julai ini di Kuala Lumpur.
Karnival itu katanya bagi memberi ruang kepada belia dan orang ramai meninjau sektor hartanah khususnya kediaman yang dipasarkan oleh syarikat perumahan di negara ini.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment