'' Jangan gadaikan ketuanan kita. Bangunlah anak bangsa !! Hidup hanya sementara, tentukanlah yang terbaik untuk kita dan darah daging kita. Sudah cukup kita ditindas dulu, sekarang ialah masa untuk kita menindas. Bersatulah demi agama, bangsa, dan negara. ''
Kami Bantah Bersih 3.0 Fanpage
15 Jul 2011
Pulau Pinang akan isytihar Pilihanraya lebih awal!
Satu pengajaran yang diperolehi dari himpunan Bersih 2 baru-baru ini untuk semua yang berakal ialah tentang momentum.
Sebelum Bersih, kedua-dua pihak kelihatan sudah kurang minyak, tetapi BN terutama UMNO dilihat lebih bertenaga. Di Internet terutama di blogosfera kelihatan UMNO menguasai.
Pilihanraya-pilihanraya kecil, BN menang. Pilihanraya negeri Sarawak ialah big blow kepada Pakatan terutama PKR. Walaupun DAP menang banyak kawasan, ini memang sudah dijangka. Bom paling besar ialah video seks Anwar, yang banyak merenggut jiwa penyokong-penyokong PR.
Akibatnya, aktivis-aktivis Pakatan terutama PKR kurang bertenaga. Lemah semangat.
Oleh sebab itu lah diadakan Bersih. Memang objektif-objektif sampingan termasuk memalukan DS Najib, mendapat perhatian antarabangsa dan sebagainya, tetapi objektif utamanya ialah Internal, iaitu memberikan minyak iaitu semangat dan tenaga kepada penyokong-penyokong PR.
Sebab itu lah Anwar dan Hj Hadi kini menyebut-nyebut nak buat Bersih 3 pula.
Tapi saya tersentak baru-baru ini bila dapat laporan dari sahabat yang bekerja jauh dalam pentadbiran Pulau Pinang menyatakan bahawa ada kemungkinan Pulau Pinang akan mengadakan pilihanraya lebih awal, untuk memberi momentum kepada sokongan Pakatan Rakyat seluruh negara dalam Pilihanraya umum. Ini sebab Pakatan yakin Penang memang DAP boleh menang lagi terutama kerana 55% pengundi Penang ialah etnik Cina (walaupun penduduk Melayu lebih ramai!).
Bila dikaitkan dengan isu momentum ini, logik juga.
Soalannya, sudahkah UMNO Pulau Pinang dan semua kepimpinan telah bersedia?!
Sumber : http://matkilaupenang.blogspot.com/
Labels:
Pilihanraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment